Lama buat aduan tiada tindakan, lelaki pacak batu nisan di jalan berlubang tanda protes

Punca kemalangan jalan raya sebenarnya banyak terjadi akibat keadaan jalan raya yang rosak dan tidak diturap dengan baik. Jalan-jalan yang berlubang mampu mengancam keselamatan dan merisikokan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Namun, apa yang lebih dikesali adalah pihak yang bertanggungjawab lewat mengambil tindakan. Seperti perkongsian di Facebook yang sedang tular ini.

Pacak batu nisan di ‘lubang maut’

Memaparkan seorang lelaki memacak batu nisan lubang besar yang terdapat di sebuah jalan, siap dengan berdoa dan bertafakur sebentar di lubang yang dipacak batu nisan itu.

Nak tunggu sampai ada yang maut ke?

Sebenarnya, lelaki itu berbuat demikian kerana sudah hilang sabar menunggu pihak berwajib yang sepatutnya menguruskan masalah itu, tetapi masih lagi tiada sebarang tindakan dan lubang semakin besar.
“Tak ambil peduli pada aduan yang telah di buat, tapi lu langsung tiada respon dan tindakan…”
Difahamkan, setelah post tersebut mula viral, telah ada pekerja diarakan untuk menurap lubang tersebut, namun hasilnya kelihatan tidak begitu memuaskan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut mengkritik tindakan pihak berkenaan yang kurang cakna dengan aduan yang dibuatkan, sedangkan ia adalah perkara penting dan melibatkan keselamatan penduduk.
Janganlah hanya tahu memegang kuasa, tetapi tidak tahu mengendalikan kuasa yang diberi dengan sebaik mungkin. Diharapkan, pihak bertanggungjawab lebih peka, jangan nanti berlaku sesuatu yang buruk, baru nak menyesal.
Sumber : Brotherhood Shah Alam