Tanda Solidariti, Rakyat Palestin Lukis Mural Potret George Floyd Pada Tembok Apartheid

Kematiann lelaki kulit hitam Amerika Syarikat, George Floyd, akibat daripada keganasan polis Minneapolis telah mencetuskan kemarahan dunia sehingga beberapa negara telah melakukan rusuhan.
Turut terkesan dengan isu perkauman dan penindasan terhadap orang kulit hitam di AS, rakyat di Palestin juga menunjukkan tanda solidariti terhadap kematian George Floyd.

Mural George Floyd di Palestin

Baru-baru ini, artis Palestin Walid Ayyoub, telah mengabadikan lukisan mural potret mendiang George Floyd pada tembok apartheid yang dibina oleh Israel untuk memisahkan negara itu dengan Palestin di Tembok Barat.
Tembok apartheid Israel mula dibina pada tahun 2002. Tembok tersebut merupakan simbol penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Bangsa yang turut ditindas

Lukisan mural tersebut memaparkan wajah mendiang George Floyd dengan berlatar belakangkan bendera Palestin, memberikan gambaran bahawa penindasan yang dialami orang kulit hitam di AS adalah perkara yang sama dialami rakyat Palestin bertahun lamanya.

‘I can breathe…”

Kemarahan tercetus, setelah tularnya video yang dirakam beberapa orang saksi, detik-detik mendiang dikasari pihak polis sehingga menyebabkan maut.
Ketika kejadian, mendiang sempat merayu kepada pihak polis tersebut agar berhenti menekan lehernya, kerana dia tidak dapat bernafas dan seluruh badan mula berasa sakit.

Gesa hukuman berat

Kematian Floyd yang didakwa mempunyai sentimen perkauman telah mendapat perhatian ramai, apabila rata-rata tidak berpuas hati apabila anggota polis terbabit tidak dikenakan hukuman berat.
Setakat ini, beratus-ratus kedai telah dirosakkan dan sebuah balai polis dibakar selepas Floyd mati akibat sesak nafas selepas lehernya ditekan dengan kuat menggunakan lutut oleh anggota polis berkulit putih pada Isnin minggu lepas.
Sumber : Walid Ayyoub