Apa Salah Anak Saya Sampai Suruh Cuci Longkang
“Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!“ itulah ayat yang dilemparkan oleh seorang ibu murid kepada guru matapelajaran biologi kelas anaknya.
Menurut laporan dari sumber, punca si ibu bertindak menyerang guru anaknya menerusi aplikasi WhatsApp kerana prestasi akademik anak tidak memuaskan. Bukan sahaja ibu bapa, malah guru juga memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk sahsiah diri. Tidak dinafikan bahawa tanggungjawab sebagai seorang guru amat berat, jika hukuman atau teguran diberikan, ia dilakukan bukan dengan tujuan lain selain beri pengajaran.
Seperti kisah dikongsikan oleh seorang pelayar Twitter, seorang ibu/bapa menghantar teks kepada guru sekolah yang bertugas mendidik anaknya. Ibu/bapa murid tersebut ingin mengetahui kenapa anaknya tiada perkembangan dalam akademik, kenapa dikenakan denda cuci longkang.
Tanpa adab disemat dan soal selidik, guru itu dipersalahkan atas keseluruh masalah tersebut sehingga si ibu bertindak memberi amaran kerana mendenda anaknya cuci longkang.
Cikgu Dhiya, ‘diserang’ oleh ibu pelajar Tingkatan 4 bernama Hazril Faizul, melalui applikasi WhatsApp.
“Apa yang cikgu ajar anak saya? Tak nampak prestasi langsung. Awak sebagai cikgu seharusnya ambil tahu perkembangan murid. Jangan ambil mudah, saya tidak mahu anak saya tercicir dalam belajar.
“Apa yang cikgu ajar anak saya? Tak nampak prestasi langsung. Awak sebagai cikgu seharusnya ambil tahu perkembangan murid. Jangan ambil mudah, saya tidak mahu anak saya tercicir dalam belajar.
‘Apa yang cikgu ajar anak saya?’
Dikatakan pelajar berusia 16 tahun itu, Hazril Faizul kerap memonteng kelas meninggalkan cikgu Dhiya tiada pilihan lain selain denda mencuci longkang
“Saya dengar anak saya didenda oleh cikgu yang mengarahkannya mencuci longkang. Apa salah dia sampai didenda sebegitu? Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!”, tegas si ibu tanpa tahu isu sebenar.
‘Saya warning cikgu’
Susulan dari tiada nilai menghormati guru, Cikgu Dhiya akhirnya dedahkan perangai anak wanita itu yang sudah terang lagi bersuluh bermasalah. Perkongsian melalui laman sosial Twitter itu kini tular di media sosial yang lain. Rata-rata pelayar internet meluahkan perasaan dengan tindakan si ibu yang menyerang Cikgu Dhiya tanpa adab didahulukan.
“Tak hairanlah anak dia pun buat perangai di sekolah,” kata netizen.
Nafi untuk beralah dan terus dipersalahkan, Cikgu Dhiya menjawab dan memberi penjelasan kepada si ibu berkaitan perangai anaknya di sekolah.
‘Saya tak boleh dah nak menegur nanti mak ayah serang report polis..’
“Anak puan memang bermasalah. Class Biology saya hanya 3 atau 4 kali sahaja dia hadir dalam sebulan. Datang sekolah, tetapi kelas saya, dia tak masuk.
“Datang ke sekolah, siap bawa handphone. Tetapi homework yang diberikan tidak pernah nak disiapkan. Salah ke saya denda cuci longkang surau sebagai pengajaran?
“Saya tak sentuh pun anak puan. Kalau saya sebagai pendidik tidak boleh mendidik anak puan, lebih baik puan sajalah yang mendidiknya. SAya tak boleh dah nak menegur, nanti mak dan ayahnya serang, lapor polis dan sebagainya. Saya didik murid saya mengikut cara saya. Kalau tak puan tak suka, maafkan saya,” jelasnya.
Cikgu Dhiya menambah bahawa dia juga manusia biasa yang banyak kekurangan. Namun tanpa menjadikan ia sebagai halangan, beliau cuba sebaik mungkin untuk mendidik anak muridnya menjadi seorang insan yang berkaliber.
“Saya sayangkan anak-anak murid saya. Saya tidak mahu mereka rosak disebabkan fikiran kolot ibu bapa mereka. Puan sepatutnya hormat saya sebagai guru, bukan main terjah saya,” katanya.
Tidak berhenti di situ, Cikgu Dhiya turut memberi nasihat kepada wanita itu untuk berbincang elok-elok dengan anaknya bagi mengorek masalah sebenar. Hasilnya? Mungkin si ibu sedang meringkuk diatas sofa memikirkan kebodohan dirinya. Mungkin?
Sumber : The Reporter