“Kelab malam tutup… saya terpaksa jual laksa dan live Bigo” – Ashira hilang kerja, dihalau dari rumah selepas enam bulan tak bayar sewa


PENYANYI yang pernah popular menerusi lagu Di Ombak Resah iaitu Ashira mengakui hilang punca pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu berikutan pandemik wabak Covid-19.

Menurut Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nir Ashira Syed Abdul Aziz, 35, dia sudah mencuba pelbagai cara unutk menampung kehidupan bersama anak lelakinya namun semuanya tidak menjadi.

Malah disebabkan tidak mampu membayar sewa rumah bulanan Rm1,200.00 selama enam bulan, Ashira dihalau keluar sehari selepas mendapat berita terpilih menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh.

“Saya ada cuba berbagai cara untuk bertahan dengan menjual laksa dan menolong kawan berniaga secara online tapi nampka gayanya semua tidak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo.

“Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam Rm100 macam itu.

“Allah beri dugaan… sehari selepas dapat berita saya layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci” katanya.

Ashira ditemui ketika sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur ada Selasa.


“Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia lebih selesa pendam”ASHIRA – Penyanyi


Ashir tinggal bersama anak lelakinya iaitu Megat Shazril Haziq Hadi, 14 tahun selepas bercerai lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Ashira memberitahu dia kini menumpang di rumah kakaknya di sekitar Kuala Lumpur dan terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.

“Buat sementara waktu, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa tinggal di rumah kaka saya yang lagi seorang sebab rumah yang saya duduk ini kecil.

“Saya betul-betul rasa down dan hilang keyakinan. Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika sya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini,” ujarnya.

Ashira terpaksa berpisah dengan anaknya buat sementara waktu

Ashira turut memberitahu, anaknya juga mengalami tekanan akibat kehidupan yang mereka lalui.

“Satu persatu ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril ada beritahu yang sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia lebih selesa pendam.

“Kalau boleh, saya tak nak ank saya tertekan dan berusaha untuk dia tak terlibat dalam masalah yang saya sedang hadapi ini” ujarnya.

Sumber : Mstar