Anzalna Nasir Tak Cukup Tidur Jaga Anak Demam


Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Anzalna Nasir memaklumkan anaknya, Mohamad Eidrees yang baru berusia setahun mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.

Menurut Anzalna, suhu badan anaknya itu mencecah hampir 40 darjah selsius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Katanya lagi, dia mahu tempatkan anaknya di wad namun melihat keadaan sekarang terpaksa membatalkan hasratnya itu.


“Sejak beberapa hari lalu, Eidress tidak sihat. Dia demam. Suhu badannya, cecah 39.5 darjah selsius. Bawa ke emergency (jabatan kecemasan) terus!

“Nak ikutkan hati, nak admit (masuk wad), tetapi macam-macam dalam kepala dengan keadaan sekarang ini,” katanya.

Anzalna berkata tas nasihat doktor, dia kemudian membawa pulang Eidrees untuk dipantau keadaan kesihatannya di rumah sahaja. Ujarnya, meskipun tidak cukup tidur menjaga anaknya namun dia gembira apabila Eidress sudah sembuh.

“Jadi, doktor nasihatkan suruh pantau dan bagi ubat dulu. Saya bersyukur kami buat keputusan yang betul untuk bawanya pulang ke rumah.

“Pantau dari rumah biarpun tak cukup tidur dan rehat, tetapi gembira dan lega sangat bila tengok Eidress kembali seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.