Hanya Agong, Sultan Boleh Luluskan Kelonggaran SOP Di Masjid
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, hanya Yang di-Pertuan Agong dan Sultan di setiap negeri mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang perubahan peraturan di masjid dalam tempoh PKPB.
Menurutnya, sebarang cadangan SOP oleh Jabatan Agama Islam negeri perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada sultan dan Agong bagi peringkat Wilayah Persekutuan untuk diperkenankan.