Ayda Jebat terharu, suami jadi imam solat ketika bulan madu


Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Bagaimanapun, sudah tentu seseorang wanita mendambakan suami yang baik dan soleh yang boleh membimbing seisi keluarga menuju ke jalan diredhai Allah.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat memuat naik sebuah video di Instastory miliknya.

Video tersebut memaparkan suaminya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir atau Nabil Mahir baru selesai mengimamkan solat mereka berdua.

Bertuah memiliki awak

Video Player
00:00
00:05
“Saya sungguh bertuah awak hadir dalam hidup saya,” tulis Ayda dalam video tersebut.

Menerusi video berdurasi lima saat itu, Ayda turut meluahkan rasa bertuah kerana lelaki tersebut hadir menjadi peneman hidupnya.

Umum tahu, mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu. Kini, sudah lebih seminggu mereka berkahwin dan sedang bercuti menikmati bulan madu di Langkawi.

Bagusnya Nabil jadi imam kepada isteri tercinta. ‘Sweet’ betul pasangan baru berkahwin ini. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah kelak!

Sumber: Instagram Ayda Jebat