Lelaki S3rang Imam Masjidil Haram mengaku ‘Imam Mahdi’
Lelaki Dakwa Diri ‘Imam Mahdi’ Buat Kek3c0han Di Masjidil Haram
JEDDAH – Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila meny3rang khatib solat Jumaat di Masjidil Haram di Mekah yang sedang membacakan khutbah, lapor laman berita Suara.com semalam. Dalam insiden yang dirakam oleh rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu, lelaki yang lengkap berpakaian ihram dan membawa tongkat itu tiba-tiba muncul dari barisan belakang jemaah solat Jumaat yang sedang khusyuk mendengar khutbah.
Menurut laporan Arab News, ketika kejadian, khutbah Jumaat dibacakan oleh imam di Masjidil Haram, Sheikh Bandar Baleelah. Namun, tindakan lelaki itu berjaya digagalkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertindak pantas menghalangnya sebelum dibantu oleh beberapa pengawal keselamatan yang lain.
“Lelaki tersebut sudah ditahan dan hu kuman akan dikenakan terhadapnya,” ujar jurucakap polis Arab Saudi. Pihak polis turut mendedahkan bahawa lelaki tersebut mengaku dirinya sebagai ‘bakal Imam Mahdi’.
Sumber : kosmo / Majalah harian