Hanya Disebabkan Masalah Kecil Antara Mereka, Warga Emas Ini Telah M3ngalami K3cederaan Di Kepala Dan L3her
Hanya Disebabkan Masalah Kecil Antara Mereka, Warga Emas Ini Telah M3ngalami K3cederaan Di Kepala Dan L3her
Insiden berkaitan dengan pihak pembeli dan juga penghantar kurier sering kali terjadi. Ada sahaja perkara tular yang membuatkan warganet geram sehingga ia menjadi perbualan di media sosial.
Minta tolong viralkan
Kali ini, seorang pengguna Twitter memakai nama akaun @fararengg telah meluahkan rasa marah apabila bapanya dipukul oleh penghantar barang dari sebuah syarikat kurier.
Bapanya yang berusia 62 tahun itu telah mengalami kecederaan di kepala dan leher hanya disebabkan masalah kecil antara mereka.
B3lasah bapa hingga c3dera di kepala
Menurutnya, tindakan biadap itu dilakukan selepas diperli semula oleh warga emas berkenaan yang mengajuk kata-kata lelaki tersebut yang tergesa-gesa mahu beransur pergi.
Hal terbabit bermula susulan warga emas itu lambat mengambil bungkusan yang dihantar memandangkan berada di ruangan dapur rumah.
Sudah buat laporan polis
Dalam perkongsian berkenaan juga, @fararengg memberitahu sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Dia juga meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan tindakan tidak dijangka lelaki berkenaan yang sesuka hati memukul orang tua.
Tidak ketinggalan, dia turut menyertakan sekali wajah lelaki tersebut sebagai peringatan kepada semua.
Bermula dengan perl1-m3merli
Menceritakan semula kejadian terbabit, bapa kepada pengguna Twitter itu memaklumkan yang dia berada di dapur semasa penghantar barang itu sampai dan terpaksa bergegas keluar sambil memegang pisau kerana tergesa-gesa.
Namun, lelaki berkenaan seakan mengajak bapanya bergaduh selepas berlaku sedikit perli-memerli sebelum penghantar barang itu memukul warga emas terbabit.
Tiba2 ‘angin’ bantai warga emas
Warga emas tersebut juga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital susulan daripada kecederaan di kepala yang dihadapi.
Kesan daripada pukulan yang diterima, terdapat luka di kepala dan juga leher. Walau bagaimanapun, setakat ini kondisinya berada dalam keadaan sedar.
Sikit lagi nak kena hempuk jugak
Ketika kejadian, abang sulung pengguna Twitter tersebut sempat menyedari hal yang berlaku dan cuba mendapatkan penjelasan daripada penghantar barang berkenaan.
Namun, mereka menahan abangnya daripada melakukan sebarang tindakan ekstriem bimbang menjadi kes lain pula.
Tapi dah settle katanya
Akan tetapi, selepas beberapa waktu, @fararengg menjelaskan bahawa mereka sudah membuat perbincangan dengan penghantar barang daripada syarikat kurier tersebut dan mahu menyelesaikan secara baik.
Penghantar barang berkenaan juga bersetuju untuk menanggung segala rawatan bapa pengguna Twitter itu selama sebulan dan mengakui kesilapannya.
Setakat ini, pengguna Twitter bernama @fararengg itu telah meletakkan akaun media sosialnya di mood senyap susulan kisah yang diceritakan menjadi tular.
Semoga ia menjadi iktibar kepada semua dalam menghadapi segala situasi dengan sabar dan tenang.
Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih
Sumber: Twitter @fararengg