Mereka Mengumpulkan Durian Di Sungai Klau Untuk Dimakan Bersama Keluarga, Seorang Pesara Guru H4mpa Selepas Durian Musang King Yang Dibeli Di Sebuah Pusat Jualan Telah Buruk dan b3rkvlat


Mereka Mengumpulkan Durian Di Sungai Klau Untuk Dimakan Bersama Keluarga, Seorang Pesara Guru H4mpa Selepas Durian Musang King Yang Dibeli Di Sebuah Pusat Jualan Telah Buruk dan b3rkvlat

RAUB – Seorang pesara guru hampa selepas durian Musang King yang dibeli di sebuah pusat jualan dan pengumpulan durian di Sungai Klau di sini untuk dimakan bersama keluarga buruk dan berulat.

Salehudin Mat Rasad,61, berkata, daripada dua biji durian yang dibeli dengan harga RM140 itu, hanya sebiji yang boleh dimakan manakala sebiji lagi buruk dan berulat.

“Semasa membeli saya ada nampak kesan lubang di kulit durian itu tetapi penjual menyatakan isi durian elok dan saya yakin dengan jaminan diberinya.

“Namun apabila membuka untuk dimakan bersama isteri dan anak-anak saya terkejut kerana satu biji durian buruk dan berulat, kami hampa kerana baru hendak merasa durian musim ini, ini pula jadinya,”katanya di sini hari ini.

Menurut Salehudin, dia sememangnya tidak menyangka durian yang berharga agak mahal berkenaan buruk pada semua bahagian.

Katanya, dia sememangnya berasa tidak berpuas hati dan berhasrat meminta ganti rugi daripada peniaga terbabit atau diganti durian yang baharu.

“Saya tidak pasti sama ada boleh atau tidak ditukar dengan buah yang elok tetapi saya berhasrat membawa buah berkenaan kepada penjual dalam masa terdekat,”ujarnya.

Sementara itu Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Raub, Rozma Ab. Rahman berkata, meskipun tidak menerima aduan daripada pengadu pihaknya memandang serius setiap aduan daripada pengguna.

Ujarnya, pihak KPDNKK akan membuat pemeriksaan mengenai perkara itu termasuklah melakukan pertemuan dengan peniaga terbabit dalam masa terdekat.-K! ONLINE

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber:kosmo