Semua buat sendiri, Sari Yanti akui terkial2 tanpa pembantu rumah
Selepas melahirkan anak kelima yang juga bayi lelaki bulan lalu, pelakon Sari Yanti mengakui berdepan cabaran dalam menjalani rutin harian tanpa pembantu rumah atau pengasuh anak-anak.
Menurut Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari, dia agak terkial-kial dalam menguruskan masa ketika berpantang apatah lagi memiliki dua lagi cahaya mata yang masih kecil.
Macam mana urus masa dalam pantang?
“Terkial jugak. Masih belajar lagi,” tulisnya ringkas.
Pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi cabaran tersebut selepas menjawab beberapa soalan peminat dan pengikutnya menerusi InstaStory.
Rumah semua kemas sendiri…
Apabila ditanya sekiranya ada perancangan untuk mengupah pengasuh, pelakon drama Jenaka Kampung Kalut itu berkata dia masih berfikir mengenai perkara berkenaan.
Tengah fikir nak ambil pengasuh
Selain itu, Sari juga sempat memberikan nasihat kepada golongan isteri yang masih belum dikurniakan zuriat supaya jangan mudah putus asa untuk berusaha selain yakin dengan perancangan Allah SWT.
Jangan putus asa untuk berdoa!
“Serahlah semuanya pada Allah SWT. Jangan stress, jangan tension fikir, bila orang tanya tenang-tenang je. Minta doakan kita,” kongsinya.
Sari yang berkahwin dengan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 juga dikurniakan Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusia 11 bulan.
Malah hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.
Sumber: Instagram Sari Yanti