Mengadu pening selepas 'tes', seorang lagi pelajar IPTA meninggal dunia


Ketika masih ramai pekerja yang tertekan demi mencari sesuap nasi, tidak kurang juga tekanan yang dihadapi para pelajar universiti yang terpaksa menjalani pembelajaran  secara terbuka dan jarak jauh (ODL).

Kaedah pembelajaran ini tidaklah semudah yang disangka, malah ada di antara mereka mengaku hampir putus asa untuk meneruskan pengajian.

Lebih malang apabila ada pelajar yang meninggal dunia dek kerana tekanan yang dihadapi.

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelajar di Kedah, kejadian yang sama berulang melibatkan pelajar UiTM Jengka bernama Adham Hazim.



Menerusi posting seorang individu dipercayai jirannya, mangsa dikatakan ditemui pengsan oleh keluarganya pada jam 4 pagi dan terus dibawa ke unit kecemasan.

Walau bagaimanapun, pelajar berusia 19 tahun itu  menghembuskan nafas yang terakhir pada 10.55 malam akibat pendarahan di dalam otak.

Menurut rakannya, mangsa ada mengadu pening kepala selepas perlu menjawab satu bagi subjek programming.

Malah mangsa yang juga seorang pelajar yang rajin pernah berjaga sehingga jam 2 pagi bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

the news about the student from UiTM Kedah is still new and i woke up this morning knowing my classmate is in icu because of pendarahan dalam otak 😭 if you happen to come across this tweet, please pray for my classmate pic.twitter.com/3a5pRX49tW

— arisha 🏴 (@o7991H4) July 10, 2021