Suami terduduk lihat jenazah dikebumi, isteri positif Covid-19 ‘pergi’ selepas bersalin
Setiap hari kita mendengarkan khabar duka tentang kematian disebabkan jangkitan Covid-19. Satu demi satu ‘tewas’ dan ia sememang satu perkara yang sangat menyedihkan buat ahli keluarga.
‘Tragedi’ sama seperti selebriti terkenal
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @elleeze_zaid, dia telah memuat naik video majlis pengebumian kenalannya yang meninggal dunia beberapa minggu setelah melahirkan anak secara pembedahan.
Kisah wanita yang meninggal dunia itu persis tragedi yang menimpa penyanyi terkenal Tanah Air, allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Suami menangis tersedu-sedu ditenangkan anak sulung
Dalam pada itu, menerusi Instagram individu yang sama, dia telah memuat naik video suami kepada kenalannya yang dikenali sebagai Norieszah Ishak menangis disamping anak sulungnya dalam keadaan tersedu-sedu melihat isterinya dikebumikan.
Lahirkan anak dalam kandungan secara czer
Dalam perkongsian tersebut, @elleeze_zaid memberitahu yang kenalannya itu telah bersalin awal secara czer pada tiga minggu lepas bagi menyelamatkannya.
Namun, kadar oksigen semakin menurun dan meninggal dunia sebelum dapat menatap bayinya yang dilahirkan pada usia 7 bulan.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Instagram dan TikTok yang memuat naik momen sedih itu telah dihujani dengan ucapan takziah buat ahli keluarga allahyarham Norieszah Ishak.
Masing-masing mendoakan agar insan yang ditinggalkan terutamanya suami dan anak-anak yang masih kecil kuat serta tabah menerima takdir daripada Allah S.W.T.
Sumber: Instagram elleeze_zaid, TikTok @elleeze_zaid