Bayi Berusia 4 Bulan Ditemui Masih Menyusu Di Jasad Ibunya Yang Telah Men1ngg4l Dunia.
Seorang bayi berusia empat bulan ditemui masih menyusu badan di jasad ibunya yang sudah mennggal dunia, Selasa lalu.
Ibu muda itu dikatakan telah meninggal dunia beberapa jam oleh polis yang datang menemuinya terbaring di atas tilam dengan bayinya yang masih menyusu badan.
Polis berjaya mengenalpasti identiti mngsa yang dikenali sebagai Nuan, berumur 25 tahun dan berasal dari Myanmar.
Menurut suami mangsa, isterinya berada dalam keadaan sihat dan pada malam kejadian mereka tidur bersama.
Kira-kira jam 3 pagi, dia terdengar suara bayinya merengek dan isterinya mengalami kesukarn untuk bernafs. Menyangka tiada apa-apa yang serius, dia kembali menyambung tidur.
Apabila dia bangun pada jam 5 pagi, dia mendapati isterinya telah meninggal dunia.
Mayat mngsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kemtianya sebelum dikembalikan kepada keluarganya untuk dikbumikan.
Sumber: Asia One dan thekakiviral
Sedikit nasihat untuk kitahayati bersama:
Pengorbanan Seorang Ibu Yang Anak-Anak Selalu Lupa dan Tidak Hargai..
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah, “Siapakah manusia yang berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya? ” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ayahmu.” (Shahih al-Bukhari, no:5971)
Satu ketika, sedang melaksanakan tawaf, Rasulullah ﷺ bertemu dengan seorang anak muda yang bahunya melecet. Setelah selesai tawaf Rasulullah ﷺ bertanya kepada anak muda itu, ”Kenapa bahu kamu itu?” Jawab anak muda itu, ”Ya Rasulullah, saya dari Yaman. Saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika solat, atau ketika istirahat, selain itu sisanya saya selalu menggendongnya.”
Kemudian anak muda itu bertanya, ”Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Nabi ﷺ sangat terharu mendengarnya, sambil memeluk anak muda itu beliau bersabda, ”Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti. Tapi anakku, ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan oleh pengorbanan dan kebaikanm
Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Ketulusan dan kesabarannya dalam menjaga seorang anak sejak dari kandungan hingga anak tersebut dewasa dan bahkan hingga si anak sudah berkeluarga tidak akan tergantikan.
Seorang ibu rela mempertaruhkan nyawanya hanya untuk kehidupan si anak. Ketika melahirkan, si ibu meletakkan nyawanya dihujung rambut, bertarung maut demi kelahiran anaknya. Bahkan, untaian doanya tidak pernah terputus untuk seorang anak sejak dalam kandungan lagi. Mereka selalu berharap dan memohon kepada Allah agar anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Siapa lagi yang memberi kasih sayang yang paling mendalam dan pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup seorang anak, selain ibu?…Itulah kasih sayang yang Allah pinjamkan ke dalam hati seorang ibu, kasih sayang yang hebat, dari Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Maka Allah yang Maha Pengasih itu berpesan kepada seluruh manusia (yang beriman atau tidak), agar berbuat baik kepada insan yang bergelar ibu ini, juga bapa…
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman 31:14)
Rasulullah ﷺ perintahkan memuliakan ibu sebanyak tiga kali, kemudian bapa, menunjukkan betapa penting dan beratnya penekanan Rasulullah agar anak-anak memulia dan melayan ibu sebaik-baiknya.
Hinggakan Rasulullah ﷺ meletakkan kedudukan ibu itu selepas keutamaan solat, dan di atas dari jihad.
Dari Abu Abdirrahman yaitu Abdullah bin Mas’ud r.a., katanya: Saya bertanya kepada Nabi ﷺ: “Manakah amalan yang lebih tercinta disisi Allah?”
Beliau menjawab: “Iaitu solat menurut waktunya.” Saya bertanya pula: “Kemudian apakah?” Beliau menjawab: “Berbakti kepada orang tua.” Saya bertanya pula: “Kemudian apakah?” Beliau menjawab: “berjihad fisabilillah.” (Muttafaq ‘alaih)
Pernah Rasulullah ﷺ melarang seorang sahabat untuk berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menjaga ibunya yang masih hidup. Rasul bersabda, ”Jika demikian tinggallah bersamanya dan berjihadlah(Berbakti).” (HR Ibnu Majah dan Nasai).