Kembali Terima Jemaah, Masjid Nabawi Dibuka Semula Esok

Setelah agak lama Masjid Nabawi ditutup bagi mencegah penyebaran Covid-19, terbaru Arab Saudi mengumumkan bahawa Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka semula kepada orang ramai secara berperingkat, bermula esok.
Menerusi Arab News, difahamkan seluruh masjid di negara itu kecuali di Makkah, akan dibuka semula kepada jemaah esok, ia berikutan daripada langkah melonggarkan perintah berkurung yang dikuat kuasakan dalam membendung Covid-19.

Hadkan jemaah dalam satu2 masa

Bagaimana pun, langkah berjaga-jaga masih lagi diambil dengan mengehadkan bilangan jemaah sehingga 40 peratus untuk satu-satu masa.
Menteri bagi Ehwal Agama, Dr Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh, berkata, pihak masjid kerajaan sudah bersedia untuk menerima jemaah selepas membuat tinjauan persiapan yang dilakukan.

Bawa Al-Quran dan sejadah sendiri

Antara langkah yang diambil, jemaah disarankan untuk membawa Al-Quran atau membaca menerusi telefon pintar masing-masing, malah sejadah juga perlu dibawa sendiri dan menjaga penjarakan sosial dua meter.
Jemaah yang dibawah usia 15 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan masjid, dan kesemua jemaah dinasihatkan untuk memakai penutup muka dan hidung serta elakan daripada bersalam.