“Kitaorang Anak Yatim, Tak Ada Ibu. Tak Ada Syurga La…” -Upin Ipin

Sejak semalam, sedutan daripada siri animasi popular Tanah Air, Upin Ipin telah menjadi tular di media sosial. Lontaran dialog karakter siri animasi tersebut begitu  menyebakkan berikutan menyentuh berkenaan kehilangan orang tua.
Dalam video tersebut, watak Mail dan Fizi telah bercerita berkenaan syurga anak-anak di bawah kaki ibu dan perkara tersebut membuatkan karakter utamanya, Upin dan Ipin berasa hiba kerana tidak lagi mempunyai insan tersayang itu.

Tak ada mak, tak ada syurga

Sedutan episod tersebut telah dimuat naik oleh media Indonesia dan tular di kedua-dua buah negara kerana penonton berasa geram dengan keceluparan mulut Fizi serta reaksi sedih Upin Ipin.
Opah : Sudah yah..
Upin Ipin : Terimakasih Opah..
Mail : 😱
Fizi : 😔
.
.
Udah.. udah.. Mending nonton Aja dehhh tiap hari, setiap Pukup 07.00 WIB, 12.00 WIB dan 18.00 WIB hanya di MNCTV.
3,598 people are talking about this

Tunggu kitaorang di syurga

Emosi penonton terus diselubungi hiba apabila pihak Les’ Copaque menayangkan iklan Upin dan Ipin menceritakan apa yang mereka bualkan bersama rakan-rakan kepada Opah.

Nama Fizi trending

Nama Fizi juga trending di Twitter selepas video tersebut tular sejak semalam kerana hebat diperkatakan di Indonesia juga di Malaysia.

Sedih betul dialog diorang

Episod Syahdunya Syawal yang ditayangkan bersempena dengan Aidilfitri kali ini benar-benar berjaya merobek hati penonton baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Kejayaan Les’ Copaque dalam merangka jalan cerita yang menarik serta sarat pengajaran ini telah mendapat respon yang pelbagai daripada para penonton siri animasi kekeluargaan ini.

Banyak pengajaran dalam episod ni


Masuk habuk pula episod ni

Fizi ni memang nak kena pukul