Ajak Jamu Nasi Beriyani, PM Sebut Nama Sugu Pavithra Secara Live Di TV

memikat hati rakyat Malaysia dengan video masakan dalam Bahasa Melayu menerusi saluran YouTube.
Lebih menarik lagi, pasangan ini menerima buah tangan istimewa pemberian daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berupakan tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta beberapa jenis barangan memasak.
Sewaktu menyampaikan perutusan khas (Penjana) secara langsung di kaca televisyen, Perdana Menteri Malaysia dilihat menyelikan nama Sugu Pavithra dalam perucapan beliau.
Beliau juga berkongsikan bahawa, pasangan suami isteri ini ada menjemputnya ke rumah mereka  untuk menjamu selera nasi beriyani bersama-sama.
“Contohnya seperti Encik Sugu dan Puan Pavithra yang viral di media sosial bulan lepas.Dia ada buat jemputan untuk saya datang makan nasi briyani di rumahnya.Mudah-mudahan mereka dapat meningkatkan kemahiran dan membuka kedai makan pada satu hari nanti. Bolehlah kita merasa ayam varuval mereka.” ujar Perdana Menteri.
Dia akhirnya, Perdana Menteri Malaysia ini juga berhasrat agar pasangan ini dapat meningkatkan kemahiran dan bakal membuka kedai makan sendiri pada suatu hari serta boleh dirasai oleh segenap lapisan masyarakat..
Sumber: Mstar.