Mahu Bela Nasib Rakyat Tempatan, Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong

Wabak COVID-19 bukan sahaja menguji penduduk dunia dengan masalah kesihatan, malah turut terpalit dengan masalah serta kemeros0tan ekonomi. Semenjak perintah berkurung dan kuarantin (PKP) dilaksanakan, kebanyakan individu diuji dengan masalah untuk menjana pendapatan termasuklah terpaksa dibuang kerja.
Turut dilaporkan juga lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara bakal hilang pekerjaan dan lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji serta lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.
Terkini dikatakan, para peniaga para peniaga di Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya telah mengatakan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk diisi khusus oleh rakyat Malaysia.
Lebih menarik lagi, bayaran gaji dikenakan secara purata sekitar RM2,000 sebulan serta turut diberikan faedah seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kekosongan ini dibuka setelah kebanyakan pekerja warga asing ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen. Oleh itu, mereka mengambil peluang dan membuka ruang buat warga tempatan dan juga bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.
Orang ramai yang berminat dengan peluang yang ditawarkan mempersilakan untuk menghadiri temuduga dan tiada had umur yang ditetapkan. Mereka yang berjaya bakal mampu menjana lebih dari RM2,000 sebulan, namun perlulah disiplin untuk datang bekerja pada awal pagi.
Sumber: Vocket.