Dan kita terhutang budi kpd mereka… Berjuang dgn13 penjenay4h ganas tidak menggentarkan mereka…


Buah tangan bekas wartawan jenay4h, Syaril A. Kadir tidak menghampakan…

Saya tak dapat bayangkan bagaimana seorang anggota po0lis yang dah nak pencen dalam setahun dua lagi, menjadi begitu berani dan bersemangat sewaktu berhadapan tak kurang daripada 13 orang penyelud0p dad4h gan4s dalam kegelapan malam di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam.

Biarpun hanya menggengam sepucuk p1stol di tangan, Koperal Baharuddin Ramli dan seorang lagi rakan seperjuangannya, Koperal Norihan Tari masih mampu membalas temb4kan dan menceder4kan lawan mereka sehingga habis semuanya bertempiaran melarikan diri.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga penyelud0p tersebut ceder4 (gambar) termasuk salah seorang daripadanya par4h. Mereka ditangk4p di sebuah hospital di selatan Thailand ketika cuba mendapatkan rawatan dek penangan pelu.ru yang dilepaskan oleh Baharuddin dan Norihan.

Ini bagi saya satu semangat dan keazaman LUAR BIASA yang dimiliki dua orang anggota p0lis senior ini. Siapa sangka daripada hanya hendak membuat tinjauan dan risikan, mereka boleh terserempak dengan kumpulan penjen4yah yang memang sekian lama membenc1 dan menyimpan dend4m dengan anggota Senoi Praaq, sebuah pasukan yang kita semua tahu bukan mudah untuk diperkotak katikkan.

Sayangnya harga yang perlu dibayar kedua-dua mereka cukup mahal. Baharuddin yang ditemb4k dua das di bahagian perut, hanya sempat berundur seketika sebelum rebah dan menghembuskan nyawanya yang terakhir.

Manakala Norihan kini sedang ‘bertar0ng’ di bilik bedah kerana tiga butir pelu,ru menembusi badannya hingga mengakibatkan ususnya bocor. Sebak saya sewaktu membaca laporan yang mengatakan may4t mendiang Baharuddin ketika ditemui masih lagi menggengam erat p1stol hak kerajaan yang digunakannya.

Untuk rekod, tidak ada sebutir peluru pun yang tinggal dalam pistol tersebut…maknanya mendiang begitu bersungguh-sungguh berbalas temb4k dengan penyeludup dad4h berkenaan walaupun dia sedar dalam keadaan genting itu, nyawanya betul-betul berada di hujung tanduk!

Saya percaya di atas semangat yang luar biasa itu, kedua-dua mereka adalah calon paling layak untuk dipertimbangkan bagi dianugerahkan pingat keberanian tertinggi negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan kenaikan pangkat secara ‘posthumous’ iaitu kenaikan yang diberikan kepada anggota yang terk0rban ketika sedang bertugas.

Ternyata jasa mereka berdua tiada tolok bandingnya terutama dalam mengangkat nama Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan PDRM khususnya serta negara amnya. Sesungguhnya kita terhutang budi pada mereka berdua. Salute untuk mendiang Koperal Baharuddin Ramli dan Korperal Norihan Tari!

Kredit; Syahril A. Kadir