“Kak Wan Dah Pergi” – Kisah Seorang ‘Mak Cik Guard’ Yang Suka Membantu Memudahkan Semua Orang,Al- Fatihah
KAK WAN..Begitulah kami memanggil beliau
‘Security Guard’ yang paling lama menjaga
kawasan hadapan PAC/wad bersalin Hospital Kajang..Peramah..Komited dalam kerja
TerpercayaSiapa lah yang tak kenal kak wan. Tegas dalam tugas.Suka membantu memudahkan semua orang.
Pekerja kurier saja kenal beliau.
Suka membantu menjual jualan staf yang kebetulan memerlukan wang tambahan, dan beliau tak mengambil bayaran.Seringkali beliau memberhentikan saya untuk bercerita tentang hidupnya, bertanya pendapat perihal dirinya dan anak cucunya.
Sangat suka memperkenalkan saya kepada keluarga pesakit yang sedang menunggu
Tak jarang beliau “booked” kan tempat parkir untuk saya.
Kali terakhir berjumpa beliau beberapa bulan lalu
Ketika sakit yang diderita sudah mula merenggut fizikalnya yang sejatinya sangat kuat namun tak sekuat semangatnya.Saya ke hulu ke hilir mengatur jadual “appointment” pemeriksaan dan konsultasi lanjutan
Selepas dari itu gagal menghubungi beliau kembali.
Telefon tidak diangkat.Pagi ini mendapat berita beliau telah pergi.Mudah mudahan istirehat beliau dari segala derita kesakitanSemoga Allah mengampuni dan merahmati beliau.Tak sempat mensolatkan dan menghantar beliau ke tanah perkubvran kerana bertugas.
Mohon doa dan Al Fatihah dari kalian juga ya. Allahumaghfirlaha Warhamha… 😔
Kredit: Khabbab Jamalludin via OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber via Transformasi