Wan Emir Setia Temani Mira Filzah Buat Kek Pisang Di Dapur


Video pertama mereka di di saluran Youtube EmirAmirah berjaya meraih lebih 1 juta tontonan, nampaknya Mira Filzah dan Wan Emir Astar mengambil peluang untuk merakamkan video kedua mengenai kehidupannya selepas melayari bahtera rumah tangga.

Video kedua ini turut menjadi perhatian ramai apabila merakamkan detik-detik manis mereka sebagai suami isteri menghasilkan kek pisang bersama-sama buat pertama kali.

Rata-rata netizen memuji keserasian pasangan berkenaan melihatkan Mira lebih banyak bercakap berbanding suaminya sekaligus menunjukkan mereka saling melengkapi.

Diakhir video tersebut, Mira dan Wan Emir merasai hasil kek masing-masing. Lebih manis, Mira turut menyuapkan kek ke dalam mulut Emir.

Bagaimanapun ada segelintir netizen yang memberi komen terhadap masakan tersebut. Malah, ada yang cuba betulkan kesalahan Mira Filzah dalam pembuatan kek tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap romantis pasangan itu dan kecomelan mereka. Tidak kurang juga ramai yang cair setiap kali melihat cara Emir memandang isterinya penuh kasih sayang.