Mundar mandir di lobi bangunan, setia tunggu pelanggan ‘ghaib’... ramai kasihan tengok makcik rider
KEWUJUDAN syarikat-syarikat yang menyediakan khidmat penghantaran makanan terus ke rumah pelanggan ternyata memudahkan kehidupan masyarakat. Malah, ia juga membuka banyak peluang pekerjaan buat mana-mana individu yang kini mencari pendapatan dengan bergelar rider penghantar makanan. Namun, acap kali tular pelbagai kisah mengenai golongan itu termasuklah yang dianiaya pelanggan dan sebagainya. Terbaharu, tular pula rakaman menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan gerak geri seorang rider wanita sehingga meruntun emosi netizen. Dalam rakaman berkenaan, rider wanita bertudung itu kelihatan sedang menunggu pelanggannya di lobi sebuah bangunan. Dia juga dilihat menggunakan telefon bimbit, dipercayai membuat panggilan kepada pelanggan berkenaan yang masih belum muncul. Tidak lama kemudian, dia yang sebelum itu mundar-mandir dilihat berjalan keluar dari kawasan lobi kerana telah lama menunggu pelanggan berkenaan tetapi tidak turun mengambil makanan yang dipesan. "Siapa yang or ...