Nak disuap kalau makan, Cik B buat ramai rindu ibu masing2
Bagi sesiapa mengikuti akaun Instagram usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida pasti tahu bagaimana cara layanan beliau terhadap anak-anaknya.
Walaupun nampak ‘gila-gila’, tetapi wanita berusia 49 tahun itu amat prihatin dan sering memberi sokongan terutama kepada anak gadis Cik B yang kini menjinakkan diri dalam industri hiburan.
Terbaru, beliau yang mesra dipanggil DSV memuat naik video bersama Cik B selepas remaja itu meminta untuk disuapkan makanan.
Cik B manja
Menurut pengasas produk kosmetik itu, beliau sudah lama tidak merasa saat-saat indah makan bersama Cik B kerana anak gadisnya itu semakin sibuk dalam melakukan pekerjaan yang dia ceburi sekarang.
“Lama tak merasa momen macam ni dengan @cikb_havoc66. Sekarang dia sibuk mengalahkan saya. Show sana sini,” katanya.
Gelagat Cik B yang meminta untuk disuap oleh ibunya membuatkan ruangan posting dibanjiri dengan komen netizen yang merindui keluarga masing-masing.
Saya rindu saat2 macam ni
Kasih ibu sampai ke syurga
Rindu arwah mak
Manjanya Cik B
Umum mengetahui, lagu terbaru Cik B berjudul Tolonglah kini sudah mencecah tiga juta penonton di saluran Youtube. Tahniah Cik B, semoga terus maju jaya!
Sumber: Instagram DSV