Suruh pelanggan ‘scan’ suhu, pakcik guard ditampar hingga jatuh pengsan
Pemeriksaan suhu badan merupakan 1 peraturan wajib bagi setiap individu yang ingin memasuki sesuatu premis di luar, terutamanya kompleks beli-belah atau pasaraya.
Biasanya, pemeriksaan tersebut dilakukan sekali sahaja di pintu masuk premis dan dikendalikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
Bagaimanapun, masih ada juga yang enggan mematuhi arahan staf keselamatan dan menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang leceh.
Gaduh di pintu masuk pasaraya
Baru-baru ini, tular video berlaku kekecohan di kawasan pintu masuk sebuah pasaraya terkemuka kerana pengawal keselamatan bertekak dengan seorang pelanggan.
Kekecohan itu bermula apabila pelanggan itu ditegur untuk memeriksa suhu badan terlebih dahulu sebelum masuk ke pasaraya untuk membeli barang.
Namun begitu, pelanggan terbabit enggan lalu naik berang lantaran itu berlakulah pertengkaran dengan ‘Pakcik Guard’ yang mengarahkannya berbuat sedemikian.
Tak nak scan suhu, tampar pakcik guard
Beberapa saat kemudian, ‘Pakcik Guard’ itu dilihat jatuh pengsan apabila ditampar oleh pelanggan biadap itu secara tiba-tiba.
Difahamkan lagi, pelanggan yang juga menaiki sebuah kenderaan mewah terus melarikan diri sebaik sahaja menyerang ‘Pakcik Guard’ tersebut.
Nasib baiklah, si perakam video sempat mengambil nombor plat pemilik kenderaan itu untuk tindakan lanjut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi marah terhadap si pelaku yang disifatkan sebagai kurang ajar berkenaan.
Kesian orang tua tu kau buat macam tu
Benda senang pun payah nak buat
Susah sangat ke nak scan?
Semoga cepat ditangkap
Buat report pergi klinik atau hospital
Dah dapat no plat kereta ajar sikit
Jadikan video sebagai bukti
Memang ramai orang macam ni
Sumber: TikTok @ashhpopo