Isu video tak senonoh mirip pendakwah, polis keluar kenyataan dalam masa terdekat


Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial dakwaan penularan sebuah video tidak senonoh dan gangguan seksual membabitkan seorang pendakwah popular.

Terbaru, memetik laporan Malaysia Gazette, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan tersebut sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa terdekat namun tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sehingga kini, dakwaan itu masih menjadi persoalan ramai apatah lagi terdapat golongan aktivis, penceramah dan asatizah rancak memuat naik posting di Facebook seolah-olah memberi bayangan ada kaitan dengan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penafian dan dakwaan yang tampil dijelaskan oleh pihak-pihak tertentu.

Sumber: Malaysia Gazette (Kumara Sabapatty)