‘Alhamdulillah Pagi Ini Dia Dah Bukak Mata, Kaki Dah Menendang-Nendang’ – Shuib
” Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar.”
Itu perkongsian Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah masih memerlukan alat bntuan pernafasan dan keadaan oksig.ennya membimbangkan pada tengah malam Jumaat.
Menurutnya, oksig.en dalam badan Siti Sarah ada peningkatan biarpun masih tidak sedarkan diri selepas pembdahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang Jumaat.
” Masih perlu bantuan ok.sigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.
” Cuma pukul 11 malam oksigen drop sampai 40. Tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksi.gen naik 77 dan baru tadi dktor beritahu oksigen Sarah 80,” ujarnya.
Untuk makluman, kadar ideal oksi.gen di dalam badan manusia adalah melebihi 95 peratus.
Perkongsian Shuib di Instagram.
Dalam pada itu Shuib memohon orang ramai terus mendoakan isterinya kuat menempuhi keadaan yang sukar itu.
” Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” tambahnya.
Bayi dah buka mata, menendang-nendang
Sementara itu menerusi perkongsian terkini, Shuib berkongsi keadaan bayi mereka yang kini sudah memberi reaksi positif.
Kata Shuib, bayi mereka yang diberi nama Ayash Affan itu sudah membuka mata dan stabil.
” Alhamdulillah sedikit update untuk Ayash Affan ( abyi baru lahir pramatang 7 bulan).
” Dr Faiz HUKM beritahu Alhamdulillah pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan bayi stabil.
” Ya Allah syukur, ini juga berkat doa korang semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.
” Saya balikkan doa-doa kalian, semoga korang juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar dari segala kemudaratan InsyaAllah Aminn..” tulis Shuib.
Yakin isteri akan pulang
Terdahulu Shuib melahirkan keyakinan isterinya akan pulang ke rumah mereka selepas ini pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya
” Syukur ya Allah kerana hantar orang yang baik kepada saya sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa.
” Insya-Allah saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia.
” Insya-Allah semoga dengan bacaan Yasin malam ini harap-harap Allah angkat doa kita semua dah insyaAllah Sarah akan sihat,” kata Shuib.
Menurut Shuib, selepas bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, dia semakin terbuka dan okay.
” 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya.
” Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya.
” Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa,” katanya.
Reda dengan ketentuan Ilahi
Shuib berkata, dia juga reda dengan ujian Allah SWT.
” Saya yakin setiap ujian yang saya lalui ada kebaikan di depannya. Saya dah lalui pelbagai ujian dengan dia. Tapi malam ini bila semua orang ada, ia buka mata dan hati saya untuk lebih reda untuk terima apa saja akan jadi.
” Saya cukup yakin. Walau pun tidak baik, itu adalah yang paling baik Allah nak bagi untuk saya dan keluarga saya,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkata apa pun yang terjadi, dia yakin Allah mahu memberikannya perkara yang lebih baik.
” Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiapkali solat doakan Sarah sampai bila-bila,” katanya.
Sementara itu majlis bacaan Yassin malam ini turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.
Sumber:mstar dan IG Shuib