Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau masih lagi Perdana Menteri yang mendapat sokongan ahli Parlimen setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.
Muhyidddin menegaskan beliau akan menentukan keabsahan dalam Sidang Parlimen pada September ini.
Menurutnya, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.
Beliau berkata demikian dalam satu pengumuman khas yang di siarkan sebentar tadi.